Mengenai Kami


Melati M&Z Homestay terletak di  Kampung Taman Sedia,Tanah Rata Cameron Highlands,Homestay ini telah beroperasi dari tahun 2007. Kami mempunyai 1 biji rumah 3 bilik dengan 2 bilik air dan 3 unit bilik inap untuk disewakan.

Keunikan homestay ini adalah kerana binaan rumahnya berkonsepkan rumah kampung dengan pemandangan persekitarannya yang hijau,nyaman dan sangat menyegarkan. Melati M&Z homestay diuruskan sendiri oleh pemiliknya Tn Hj  Mahpot dan isterinya Pn Zawiyah yang merupakan bekas guru.

Lokasi homestay  yang sangat strategik berada di antara Tanah Rata dan Brinchang, memudahkan para pengunjung untuk melawati  tempat-tempat menarik yang berdekatan.

Kawasan persekitarannya dikelilingi oleh ladang-ladang strawberry  yang diusahakan oleh pengusaha-pengusaha melayu, seperti KHM strawberry, Opah Strawberry,Abang Strawberry,YZ Agro Strawberry dimana pengambaran drama " Vanila Coklat" dijalankan.(hanya berjalan kaki dari homestay melati).Melati M&Z homestay juga telah beberapa kali muncul di kaca TV melalui beberapa drama melayu antaranya adalah dramaTerukir Dibintang.

Kami sangat mengalu-alukan anda menginap dihomestay kami dan harapan kami agar percutian anda menjadi satu percutian yang menyeronokkan dan pulang dengan memori yang indah.